Sewaktu bersujud,
kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat
kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang biasa
memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.
Sabda Rasulullah s.
a. w : “Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah
di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.”
Banyak doa yang
diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik
untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.
“Ya Allah,
tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang
bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan
kejayaan yang besar.”
Semoga dengan
mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi
cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat. Banyak
kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah s.
a. w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya
baginda bersujud.
Keistimewaan umatnya
yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud: “Tiadalah ada
seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat”
Mendengar itu para
sahabat bertanya: “Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak
ramai wahai Rasulullah?”
Jawab baginda:
“Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda
yang amat hitam, sedang di dalamnya pula
terdapat sekor kuda
putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya? “
Sahabat Menjawab:
“Bahkan !” Rasulullah menyambung: “Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat)
muka umatku akan putih (berser- seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia),
segala anggota mereka ( terutama anggota wudu’) putih berseri-seri oleh cahaya
wudhu’ !!!”
KEISTIMEWAANNYA
——————————————————————————————————
Ahli neraka juga
mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s. a. w. bersabda yang
bermaksud:“Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli
neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan
orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali
dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah menegah neraka memakan
(menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka
setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud”
Begitulah Allah
memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya
apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang
sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.
Wassalam.
“Tunjangkanlah resah
mu di dada SOLAT, Himpunkan perit mu di genggaman DOA; Tutupi kekecewaan mu dgn
keTAQWAan dan Nilaikan kesucian hati mu dgn keIKHLASAN hati.”
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Jangan Lupa tinggalkan pesan, kritik dan sarannya.. Makasih ^_^