Suatu hari
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam didatangi oleh seorang wanita kafir.
Ketika itu
baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah
limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat
pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan
oleh Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam seulas demi seulas dengan
tersenyum.
Biasanya
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam akan makan bersama para sahabat, namun
kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah
Shallallahu 'Alaihi Wasallam terus makan. Setiap kali dengan senyuman,
hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang,
diiringi ucapan terima kasih dari baginda.
Sahabat-sahabat
agak heran dengan sikap Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam itu. Lalu
mereka bertanya.
Dengan
tersenyum Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam menjelaskan “Tahukah kamu,
sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama.
Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan
mengenyitkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan
tersinggung. Sebab itu saya habiskan semuanya.”
Begitulah
akhlak Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Baginda tidak akan
memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan
dari orang bukan Islam pula.
Wanita kafir
itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin
mempermain-mainkan Rasulullah dan para sahabat baginda dengan hadiah limau
masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di’tewas’kan oleh akhlak mulia
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam.
Semoga kita
bisa memaknai cerita ini dan bisa untuk terus berbenah diri.
Subhnallah...
֎֎֎
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Jangan Lupa tinggalkan pesan, kritik dan sarannya.. Makasih ^_^